Bahasa Malaysia

Privacy Policy

Walt Disney Company mempunyai tradisi yang kaya dalam menceritakan kisah, watak dan pengalaman yang hebat kepada tetamu kami di seluruh dunia dan tapak serta aplikasi kami dicipta untuk menghiburkan dan menghubungkan tetamu dengan perkara terbaik yang dapat kami tawarkan pada platform dan peranti yang diutamakan oleh tetamu kami.

Dasar privasi kami direka bentuk untuk memberikan ketelusan mengenai amalan privasi dan prinsip kami, dalam format yang boleh dinavigasi, dibaca dan difahami oleh tetamu kami. Kami berdedikasi untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan cermat dan penuh hormat.

Dasar Privasi

Tarikh Berkuat Kuasa: 2016/10/18

Dasar privasi ini menghuraikan pengendalian maklumat yang disediakan atau dikumpulkan pada tapak di mana dasar privasi disiarkan.   Ia juga menjelaskan pengendalian maklumat yang disediakan atau dikumpulkan pada aplikasi yang kami sediakan pada tapak atau platform pihak ketiga jika dizahirkan kepada anda berhubung dengan penggunaan aplikasi tersebut.  Kami mematuhi dasar privasi ini berdasarkan undang-undang setempat di tempat kami beroperasi.

  1. Jenis Maklumat yang Kami Kumpul
  2. Cara Kami Mengumpul Maklumat Anda
  3. Penggunaan Maklumat Anda oleh The Walt Disney Family of Companies (Kumpulan Syarikat The Walt Disney)
  4. Berkongsi Maklumat Anda dengan Syarikat Lain
  5. Kawalan dan Pilihan Anda
  6. Privasi Kanak-kanak
  7. Keselamatan, Integriti dan Pengekalan Data
  8. Pemindahan, Penyimpanan dan Pemprosesan Data secara Global
  9. Perubahan kepada Dasar Privasi ini
  10. Komen dan Soalan

1. Jenis Maklumat yang Kami Kumpul

Kami mengumpul dua jenis maklumat asas – maklumat peribadi dan maklumat tanpa nama – dan kami boleh menggunakan maklumat peribadi dan tanpa nama ini untuk membuat jenis maklumat yang ketiga, iaitu maklumat agregat.  Kami mengumpulkan kategori maklumat berikut:

  • Maklumat pendaftaran yang anda beri apabila anda membuat akaun, termasuk nama pertama dan nama keluarga, negara kediaman, jantina, tarikh lahir, alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan
  • Maklumat transaksi yang anda beri apabila anda meminta maklumat atau membeli produk atau perkhidmatan daripada kami, sama ada di tapak-tapak kami atau melalui aplikasi kami, termasuk alamat surat-menyurat, nombor telefon dan maklumat pembayaran
  • Maklumat yang anda beri dalam forum awam pada tapak dan aplikasi kami
  • Maklumat dihantar sama ada satu dengan satu atau dalam kumpulan yang terhad menggunakan kefungsian mesej, bual, siaran atau kefungsian yang serupa, di mana kami dibenarkan oleh undang-undang untuk mengumpulkan maklumat
  • Maklumat yang anda beri kepada kami semasa anda menggunakan tapak dan aplikasi kami, aplikasi kami di tapak pihak ketiga atau platform seperti tapak rangkaian sosial, atau pautan ke profil anda di tapak atau platform pihak ketiga dengan akaun pendaftaran anda
  • Maklumat lokasi apabila anda melawat laman kami atau menggunakan aplikasi kami, termasuk maklumat lokasi sama ada yang disediakan oleh peranti mudah alih yang berinteraksi dengan salah satu daripada laman atau aplikasi kami (termasuk melalui teknologi mata arah) atau yang dikaitkan dengan alamat IP anda, di mana kami dibenarkan oleh undang-undang untuk memproses maklumat ini
  • Penggunaan, paparan dan data teknikal, termasuk pengenalan peranti anda atau alamat IP anda, apabila anda mengunjungi tapak-tapak kami, menggunakan aplikasi atau platform kami pada tapak-tapak pihak ketiga atau membuka e-mel yang kami hantar

2. Cara Kami Mengumpul Maklumat Anda

  • Kami mengumpul maklumat yang anda beri kepada kami apabila anda meminta produk, perkhidmatan atau maklumat daripada kami, mendaftar dengan kami, menyertai forum awam atau aktiviti lain di tapak dan aplikasi kami, menjawab tinjauan pelanggan, atau sebaliknya berinteraksi dengan kami.  Tolong jangan lupa bahawa apabila anda memberi maklumat kepada kami di tapak atau platform pihak ketiga (contohnya, melalui aplikasi kami), maklumat yang anda beri mungkin dikumpulkan secara berasingan oleh tapak atau platform tersebut.   Maklumat yang kami kumpulkan dilindungi oleh dasar privasi ini dan maklumat yang dikumpulkan oleh tapak atau platform pihak ketiga tertakluk pada amalan privasi tapak atau platform pihak ketiga tersebut.  Pilihan privasi yang anda telah buat pada tapak atau platform pihak ketiga tidak berkenaan dengan penggunaan maklumat yang kami kumpulkan secara langsung melalui aplikasi kami.
  • Kami mengumpul maklumat melalui teknologi, seperti kuki, kuki Flash dan suar Web, termasuk apabila anda mengunjungi tapak aplikasi kami atau menggunakan aplikasi kami di tapak atau platform pihak ketiga.  Sila lawati Penjejakan dan Pengiklanan Dalam Talian untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk cara melumpuhkan kuki.
  • Kami memperoleh maklumat daripada sumber lain yang boleh dipercayai untuk mengemas kini atau menambah maklumat yang anda beri atau yang kami kumpul secara automatik.  Undang-undang setempat memerlukan anda memberi kebenaran kepada pihak ketiga untuk berkongsi maklumat anda dengan kami sebelum kami boleh memperolehnya.

3. Penggunaan Maklumat Anda oleh The Walt Disney Family of Companies

Ahli The Walt Disney Family of Companies, yang merangkumi pelbagai jenama berbeza, akan menjadi pengawal data bagi maklumat anda.  Para pengawal data yang berkenaan boleh ditetapkan di sini .  Ahli lain The Walt Disney Family of Companies boleh mendapat akses kepada maklumat anda yang mereka melaksanakan perkhidmatan bagi pihak pengawal data (sebagai pemproses data) dan, melainkan dilarang oleh undang-undang yang berkuat kuasa, untuk kegunaan mereka sendiri (sebagai pengawal data) bagi tujuan berikut:

  • Menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta
  • Berkomunikasi dengan anda mengenai akaun atau transaksi anda dengan kami dan menghantar maklumat kepada anda mengenai ciri-ciri pada tapak dan aplikasi kami atau perubahan dasar kami
  • Selaras dengan undang-undang setempat dan pilihan dan kawalan yang mungkin disediakan kepada anda:
    • Menghantar kepada anda tawaran dan promosi produk dan perkhidmatan kami atau produk dan perkhidmatan pihak ketiga
    • Menjadikan peribadi kandungan dan pengalaman
    • Menyediakan kepada anda pengiklanan berdasarkan aktiviti anda di tapak dan aplikasi kami dan pada tapak dan aplikasi pihak ketiga.  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan maklumat anda untuk usaha memperibadikan dan menjejak, sila lawati Penjejakan dan Pengiklanan Dalam Talian.
  • Mengoptimumkan atau menambah baik produk, perkhidmatan dan operasi kami
  • Mengesan, menyiasat dan mencegah aktiviti yang mungkin melanggar dasar kami atau menyalahi undang-undang

4. Berkongsi Maklumat Anda dengan Syarikat Lain

Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda di luar The Walt Disney Family of Companies kecuali dalam keadaan yang terhad, termasuk:

  • Apabila anda membenarkan kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat lain, seperti:
    • Memilih untuk berkongsi maklumat peribadi dengan syarikat yang dipilih secara teliti supaya mereka boleh menghantar kepada anda tawaran dan promosi produk dan perkhidmatan mereka
    • Mengarahkan kami untuk berkongsi maklumat peribadi anda dengan tapak atau platform pihak ketiga, seperti tapak rangkaian sosial

Sila ambil perhatian bahawa sebaik sahaja anda berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat lain, maklumat yang diterima oleh syarikat lain tersebut akan tertakluk pada amalan privasi syarikat tersebut.

  • Apabila kami bekerjasama dengan institusi kewangan untuk menawarkan produk  atau perkhidmatan berjenama-bersama kepada anda, seperti Kad Visa jenama-bersama Disney Rewards;  walau bagaimanapun, kami akan melakukannya hanya jika dibenarkan oleh undang-undang  yang berkuat kuasa dan, dalam keadaan ini, institusi kewangan dilarang daripada menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan jenama-bersama ini
  • Apabila syarikat memberi perkhidmatan bagi pihak kami, seperti penghantaran bungkusan dan perkhidmatan pelanggan;  walau bagaimanapun, syarikat-syarikat ini dilarang daripada menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan selain daripada yang diminta oleh kami atau diperlukan oleh undang-undang
  • Apabila kami berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga berhubung dengan jualan sesuatu perniagaan, untuk menguatkuasakan Terma Penggunaan atau peraturan kami,  demi memastikan keselamatan dan kawalan keselamatan tetamu kami dan pihak ketiga, untuk melindungi hak dan harta kami dan hak dan harta tetamu kami dan pihak ketiga, untuk mematuhi proses undang-undang atau dalam keadaan lain jika kami percaya dengan suci hati bahawa penzahiran diperlukan oleh undang-undang.

5. Kawalan dan Pilihan Anda

Kami memberi anda keupayaan untuk melaksanakan kawalan dan pilihan tertentu berhubung usaha pengumpulan, penggunaan dan perkongsian maklumat anda oleh kami.   Menurut undang-undang setempat, kawalan dan pilihan anda mungkin merangkumi:

  • Anda boleh membetulkan, mengemas kini dan memadamkan akaun pendaftaran anda
  • Anda boleh menukar pilihan anda bagi langganan, surat berita dan amaran
  • Anda boleh memilih sama ada untuk menerima daripada kami tawaran dan promosi produk dan perkhidmatan kami, atau produk dan perkhidmatan yang kami rasa anda mungkin minati
  • Anda boleh memilih sama ada kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat lain supaya mereka boleh menghantar tawaran dan promosi produk dan perkhidmatan mereka kepada anda
  • Anda boleh memilih untuk menerima pengiklanan yang ditujukan khusus daripada pelbagai rangkaian iklan, pertukaran data, analisis pemasaran dan pembekal perkhidmatan lain di sini
  • Anda boleh meminta akses kepada maklumat peribadi yang kami simpan mengenai anda dan yang kami pinda atau memadamnya

 

Anda boleh melaksanakan kawalan dan pilihan anda, atau meminta capaian ke maklumat peribadi anda, dengan mengunjungi Pilihan Komunikasi, menghubungi Perkhidmatan Tetamu, atau dengan mengikuti arahan yang disediakan dalam komunikasi yang dihantar kepada anda.  Sila ambil perhatian, bahawa jika anda tidak membenarkan kami mengumpulkan maklumat peribadi daripada anda, kami mungkin tidak dapat menghantar produk dan perkhidmatan tertentu kepada anda, dan sesetengah perkhidmatan mungkin tidak dapat mengambil kira minat dan keutamaan anda.   Jika anda ada sebarang soalan berhubung maklumat peribadi mengenai anda yang kami proses atau simpan, secara khusus, sila hubungi Perkhidmatan Tetamu.

6. Privasi Kanak-kanak

Kami mengiktiraf keperluan untuk menyediakan perlindungan privasi lanjut berhubung maklumat peribadi yang kami mungkin kumpul daripada kanak-kanak pada tapak dan aplikasi kami.  Sesetengah ciri pada tapak dan aplikasi kami mempunyai kawalan usia supaya ia tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak, dan kami tidak mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak dengan sengaja, berhubung dengan ciri-ciri ini.  Apabila kami berhasrat untuk mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak, kami mengambil langkah-langkah tambahan untuk melindungi privasi kanak-kanak, termasuk:

  • Memaklumkan ibu bapa mengenai amalan maklumat kami berhubung kanak-kanak, termasuk jenis maklumat peribadi yang kami kumpul daripada kanak-kanak, untuk apa kami mungkin gunakan maklumat tersebut, dan sama ada dan dengan siapa kami mungkin berkongsi maklumat tersebut
  • Berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa, mendapatkan persetujuan ibu bapa untuk mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak, atau untuk menghantar maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami secara langsung kepada kanak-kanak
  • Mengehadkan pengumpulan maklumat peribadi daripada kanak-kanak, kepada tidak lebih daripada yang perlu secara munasabah untuk menyertai aktiviti dalam talian
  • Memberi ibu bapa capaian atau keupayaan untuk meminta capaian ke maklumat peribadi yang kami telah kumpulkan daripada anak mereka dan keupayaan untuk meminta supaya maklumat peribadi tersebut ditukar atau dipadamkan

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai amalan kami di Amerika Syarikat dan Amerika Latin berhubung maklumat peribadi kanak-kanak, sila baca Dasar Privasi Kanak-kanak kami.

7. Keselamatan, Integriti dan Pengekalan Data

Keselamatan, integriti dan kerahsiaan maklumat anda amat penting kepada kami. Kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, pentadbiran dan fizikal yang direka khas untuk melindungi maklumat tetamu daripada capaian, pendedahan, penggunaan dan pengubahsuaian tanpa izin.  Kami menyemak prosedur keselamatan kami dari semasa ke semasa dalam usaha mempertimbangkan teknologi dan kaedah baharu yang sewajarnya.   Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa, meskipun kami telah berusaha dengan sebaik mungkin, tiada langkah keselamatan yang cukup sempurna dan tidak boleh ditembusi. Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam dasar privasi ini melainkan tempoh pengekalan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.

8. Pemindahan, Penyimpanan dan Pemprosesan Data secara Global

Kami beroperasi secara global dan boleh memindahkan maklumat peribadi anda kepada syarikat-syarikat individu The Walt Disney Family of Companies atau pihak ketiga di lokasi sekeliling dunia untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam dasar privasi ini. Di mana sahaja maklumat peribadi anda dipindahkan, disimpan atau diproses oleh kami, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi privasi maklumat peribadi anda. Selain itu, semasa menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi yang dipindah dari Kesatuan Eropah, kami menggunakan fasal kontrak standard yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah, menerima pakai cara lain di bawah undang-undang Kesatuan Eropah untuk memastikan perlindungan yang mencukupi, atau mendapatkan persetujuan anda. Kami juga mengguna pakai keperluan substantif fasal kontrak standard apabila memindahkan maklumat peribadi daripada Australia.

9. Perubahan kepada Dasar Privasi ini

Kami mengubah dasar privasi ini dari semasa ke semasa, untuk memberi ruang kepada teknologi baharu, amalan industri, keperluan kawal selia atau untuk tujuan lain.  Kami akan memberi notis kepada anda jika perubahan ini ketara dan, apabila diperlukan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, kami akan mendapatkan persetujuan anda.

10. Komen dan Soalan

Jika anda mempunyai komen atau soalan tentang dasar privasi ini, sila hubungi Khidmat Tetamu. Laman kami dan aplikasi mungkin mengandungi pautan kepada laman lain yang tidak dimiliki atau dikawal oleh kami dan kami tidak bertanggungjawab bagi amalan privasi laman-laman ini. Kami menggalakkan anda untuk mengambil tahu apabila anda meninggalkan laman atau aplikasi kami dan untuk membaca dasar privasi laman lain yang mungkin mengumpulkan maklumat peribadi anda.

Notis kepada Penduduk California: Jika anda seorang penduduk California, anda mungkin mempunyai hak tambahan tertentu. Kod Sivil California Seksyen 1798.83 membenarkan anda meminta maklumat mengenai pendedahan maklumat peribadi anda oleh ahli The Walt Disney Family of Companies tertentu kepada pihak ketiga atas tujuan pemasaran langsung. Kod Perniagaan dan Profesion California Seksyen 22581 membenarkan pengguna berdaftar bawah umur untuk meminta dan mendapatkan pemadaman kandungan tertentu yang disiarkan. Lawati halaman Hak Privasi California Anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Definisi

Maklumat Agregat.   Maklumat agregat bermaksud maklumat mengenai kumpulan atau kategori tetamu, yang tidak mengenal pasti dan tidak boleh digunakan secara munasabah untuk mengenal pasti tetamu secara individu.

Maklumat Tanpa Nama.   Maklumat tanpa nama bermaksud maklumat yang tidak mengenal pasti secara langsung atau tidak langsung, dan tidak boleh secara munasabah mengenal pasti, tetamu secara individu.

Aplikasi.  Aplikasi bermaksud atur cara atau perkhidmatan yang dikendalikan oleh kami (atau bagi pihak kami) yang mungkin dipaparkan di pelbagai platform dan persekitaran dalam talian, mudah alih atau platform dan persekitaran lain, termasuk yang dikendalikan oleh pihak ketiga, yang membenarkan kami berinteraksi secara langsung dengan tetamu kami.

Kanak-kanak.  Kanak-kanak bermaksud individu yang dikenal pasti sebagai belum cukup umur untuk bersetuju dengan pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi mereka.   Di Amerika Syarikat dan Amerika Latin, istilah “kanak-kanak” merujuk pada individu berusia di bawah 13 tahun.

Pengawal Data.  Pengawal data adalah subsidiari atau entiti gabungan The Walt Disney Company yang bertanggungjawab untuk maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada tapak dan aplikasi, seperti berikut:

  • Disney Club Penguin (“Club Penguin”)
    Disney Canada Inc. (formerly known as Disney Online Studios Canada Inc.)
    Club Penguin
    1628 Dickson Avenue, Suite 500
    Kelowna, British Columbia V1Y 9X1
    CANADA
    support@clubpenguin.com
  • Semua tapak dan aplikasi lain

    Jika anda tinggal di Eropah, Timur Tengah, atau Afrika:
    The Walt Disney Company Limited
    (Company Number 530051)
    3 Queen Caroline Street
    Hammersmith
    London
    W6 9PE
    help@disney.co.ukAS, Kanada dan Negara-Negara Lain:
    Disney Interactive
    500 South Buena Vista Street
    Mail Code 7667
    Burbank, CA 91521-7667
    United States of America
    Guest Services

Pemproses Data.  Pemproses data adalah seorang individu atau entiti yang memproses maklumat peribadi bagi pihak pengawal data (atau pengawal data) dan dibenarkan melaksanakan pemprosesan data hanya seperti yang diarahkan oleh (para) pengawal data.

Alamat IP.  Alamat IP berkaitan dengan tempat akses di mana anda memasuki  Internet melaluinya, dan lazimnya dikawal oleh Pembekal Khidmat Internet (ISP) anda, syarikat anda, atau universiti anda.   Kami mungkin menggunakan alamat IP untuk mengumpul maklumat berhubung kekerapan tetamu kami mengunjungi pelbagai bahagian tapak dan aplikasi kami, dan kami mungkin menggabungkan alamat-alamat IP dengan maklumat peribadi.

Ahli.  Ahli bermaksud subsidiari atau entiti gabungan yang merupakan sebahagian daripada The Walt Disney Family of Companies.

Notis.  Notis mungkin melalui e-mel kepada anda di alamat e-mel terakhir yang anda beri kepada kami, dengan menyiarkan notis mengenai perubahan tersebut di tapak dan aplikasi kami, atau melalui kaedah lain, yang selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa

Ibu Bapa.  Ibu bapa bermaksud ibu bapa atau penjaga yang sah.

Maklumat peribadi.   Maklumat peribadi bermaksud maklumat yang mengenal pasti (sama ada secara langsung atau tidak langsung) seseorang individu tertentu, seperti nama, alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon individu tersebut.   Apabila maklumat tanpa nama dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan maklumat peribadi, maklumat tanpa nama ini juga disifatkan sebagai maklumat peribadi.

Forum Awam.  Tapak dan aplikasi kami mungkin menawarkan papan mesej, halaman perbualan, blog, bilik bual, persekitaran komuniti sosial, halaman profil, dan forum lain yang anda tidak mempunyai khalayak yang terhad.  Jika anda memberi maklumat peribadi semasa anda menggunakan mana-mana ciri ini, maklumat peribadi tersebut mungkin disiarkan secara awam dan sebaliknya dizahirkan tanpa had dari segi penggunaannya oleh kami atau oleh pihak ketiga.  Untuk meminta maklumat peribadi anda dikeluarkan daripada forum awam di salah satu tapak atau aplikasi kami, sila hubungi Perkhidmatan Tetamu.

The Walt Disney Family of Companies.  The Walt Disney Family of Companies merujuk pada The Walt Disney Company dan subsidiari dan entiti gabungannya, yang menawarkan produk dan perkhidmatan mereka di bawah pelbagai jenama.   Syarikat-syarikat ini terlibat dalam beberapa perniagaan, termasuk taman tema dan perjalanan, wayang gambar dan televisyen, penerbitan, produk pengguna dan perkhidmatan interaktif.   Jenama The Walt Disney Company termasuk, antara lain, yang berikut:

  • ABC
  • Babble
  • Baby Einstein
  • BabyZone
  • Club Penguin
  • Disney
  • Disney Pixar
  • ESPN
  • Hollywood Records
  • Indiana Jones
  • Lucasfilm
  • Marvel
  • Muppets
  • Playdom
  • Spoonful
  • Star Wars
  • Tapulous
  • Touchstone


Maklumat Hubungan Perkhidmatan Tetamu
Perkhidmatan Tetamu
Disney Interactive Media Group
500 South Buena Vista Street
Mail Code 7667
Burbank, CA  91521-7667

Amerika Syarikat
Perkhidmatan Tetamu

[ms_support@help.go.com]
Untuk soalan yang berkaitan dengan privasi kanak-kanak, anda boleh menelefon Perkhidmatan Tetamu di talian (877) 466-6669.